SISTEM CHANGE STATUS MODULE (WITHDRAW & DEFER)

Assalamualaikum wbt. dan Salam Sejahtera

HEBAHAN BERKENAAN PENGGUNAAN SISTEM CHANGE STATUS MODULE (WITHDRAW & DEFER) BAGI MENGGANTIKAN PERMOHONAN PERTUKARAN STATUS PELAJAR SECARA MANUAL

Untuk makluman #UMKians, Bahagian Pentadbiran Akademik (BPA), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antrabangsa) dengan kerjasama Pusat Komputeran dan Informatik (CCI) telah membangunkan (1) satu sistem pertukaran status pelajar dari manual ke sistem atas talian yang dinamakan sistem Change Status Module (Withdraw & Defer). Sistem ini akan digunakan secara rasmi di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada 21 Mei 2021 (Jumaat). Bersama-sama ini sertakan poster hebahan berkenaan penggunaan sistem tersebut.